Kugan

6 tahun

Sesak nafas dan hampir pengsan

Dr saya sesak nafas lagi. Sudah pergi ke hospital dan di berikan gas dua kali. Namun bila sampai rumah. Sesak nafas datang balik dan batuk tidak henti henti. Dada semakin ketat. Tidak boleh duduk dan baring.Cuba hendak tarik nafas namun tidak boleh. Sudah pakai inhaler namun tidak ok. Sebentar tadi saya hampir pengsan.

Dr Ilias,

6 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih untuk persoalan anda kepada pihak kami. Jika hanya berdasarkan semua simptom yang anda sedang alami iaitu sesak nafas, batuk yang tidak henti-henti dan dada semakin ketat, saya perpendapat yang anda sekarang sedang mengalami serangan asma. Keadaan anda juga agak tenat kerana gas dua kali di hospital juga tidak berkesan untuk melegakan simptom-simptom anda dan juga anda hampir pengsan. Ia adalah sangat penting untuk anda segera balik ke hospital tersebut. Tolong jangan pandang ringan serangan asma ini kerana jika anda tidak mendapat rawatan secepat mungkin, nyawa anda terancam. Kemungkinan besar yang anda akan diminta tinggal di wad untuk beberapa hari.

Untuk pengetahuan kalian, penyakit asma ini menjejaskan paru-paru. Apabila ada faktor pencetus asma, saluran ke paru-paru akan membengkak dan ini menyempitkan saluran pernafasan. Bila seseorang pesakit itu mengalami serangan asma, mereka akan ada simptom-simptom seperti yang dialami oleh saudara di atas dan juga bunyi wheezing (bunyi bersiul) apabila mereka bernafas. Penyakit asma ini sebenarnya tidak boleh dihalang akan tetapi ianya boleh dikawal. Terdapat faktor-faktor pencetus dan ianya berbeza untuk setiap pesakit. Sebagai contoh, pendedahan kepada asap rokok, jangkitan selesema, stress, senaman, pendedahan kepada udara sejuk dan reaksi alahan kepada debu, bunga, karpet, bulu haiwan, makanan dan lipas. Pada pendapat saya, jika saudara mengelakkan semua faktor tersebut, serangan asthma yang anda alami boleh berkurang.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Salam sejahtera.

Anda perlu berjumpa dengan doktor anda sekurang-kurangnya sekali setahun untuk pemeriksaan dan bincangkan rawatan anda. Tanda-tanda bahawa anda mungkin mengalami serangan asma termasuklah seperti batuk, sesak nafas atau dada yang ketat, penggunaan inhaler anda tidak membantu, tercungap-cungap untuk bercakap, pernafasan anda semakin cepat dan rasanya seperti anda tidak dapat menangkap nafas anda.

Jika ini berlaku:

  • duduk dengan tegak dan elakkan daripada berbaring dan cuba untuk menarik dan menghembus nafas dengan perlahan
  • Bertenang kerana rasa panik akan membuat keadaan menjadi lebih buruk.
  • Gunakan inhaler anda setiap 30 hingga 60 saat.
  • Hubungi ambulans jika anda tidak mempunyai inhaler anda dengan anda, atau rasa lebih teruk walaupun telah menggunakan inhaler.

Elakkan perkara yang mencetuskan serangan asma seperti habuk, bulu haiwan dan asap rokok. Jangan abaikan simptom-simptom anda jika ia menjadi lebih buruk dan segera dapatkan rawatan di hospital berdekatan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)