
Sulit
5 tahun
Sesak nafas Dan jantung berdebar
Saya lelaki berumur 29 tahun
…baru2 ini Saya mengalami sesak nafas jantung bedebar kencang…Saya Ada membuat rawatan di hospital kerajaan Dan swasta…mereka mengata jantung Saya sihat…malah buat xtray juga sihat…begitu juga dengan darah…mereka mengatakan yang Saya mempunyai symptoms panic attack… berapa Hari lepas symptom itu dah semakin hilang…tapi dtg balik…persoalannya berisiko ke jika Ada panic attack ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Disini adalah kurang jelas apakah yang anda maksudkan dengan berisiko .
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.