
Sulit
4 tahun
Sesak nafas disebabkan kafein
Saya wanita 18 tahun saya lately ni sesak nafas waktu saya darjah 6 saya pernah rasa sesak nafas pergi klinik doctor kata saya kurang oksigen dalam badan sebab saya kurang keluar dan bila saya berumur 18 saya sedang nafas balik dan saya pergi klinik berjumpa dengan doktor dan doktor kata paru paru saya ok sesak nafas disebab kafien dalam badan tetapi doktor kata jika dalam 2 3 hari tidak hilang lagi boleh buat x-ray dan ujian pada pendapat doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan penjelasan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda disarankan untuk:
- Berhenti merokok.
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
- kurangkan berat badan
Manakala, masalah sesak nafas setelah meminum kafein, boleh disebabkan perkara seperti:
- Kesan kafein
- Alahan pada bahan kopi/teh seperti kafein/oxalate
- Kurang gula dalam darah - hasil ketidak-stabilan hormon insulin dan adrenalin
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.