Sulit
3 tahun
Sesak nafas ,sakit dada
Saya lelaki , Saya kerap sesak nafas Dan sakit dada Dan rasa kebas2 di kaki
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sesak nafas dan sakit dada yang disampingi dengan kekebasan pada kawasan kaki. Untuk makluman anda, gejala kekebasan pada kaki atau tangan ini selalunya berkait dengan kesesakan nafas dan sakit dada. Namun, ia juga mungkin tidak berkait.
Walaubagaimanapun menurut dari keterangan yang anda perihalkan, masalah anda boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:
- Gejala kekebasan ini boleh disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam darah serta karbon dioksida yang terlebih. Kekurangan oksigen ini boleh berpunca daripada masalah jantung atau paru-paru yang juga boleh menyebabkan sesak nafas.
- Jangkitan atau keradangan pada paru-paru boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit dada.
- Saluran darah paru-paru yang tersekat
- Masalah jantung atau kegagalan jantung untuk mengepam darah dengan lancar (boleh menyebabkan kekurangan aliran darah beroksigen ke seluruh badan seperti kaki)
- Penyakit sel darah seperti anemia yang menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah.
- Penyakit darah beku pada saluran darah bahagian kaki
- Gangguan stress atau emosi, serta senaman yang berlebihan yang boleh menyebabkan kesesakan nafas.
- Penyakit keradangan paru-paru atau penyakit penyekatan saluran pernafasan kronik (COPD) yang boleh mengganggu penerimaan oksigen ke darah.
- Penyakit kekangan paru-paru seperti Emphysema
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Masalah sesak nafas dan sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit lain selain jantung dan paru-paru. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Sementara itu, kami sarankan anda untuk menjaga pemakanan, kurangkan stress, dan amalkan gaya hidup yang sihat bagi membantu mencegah perkembangan penyakit yang anda hadapi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi