Sulit

2 tahun

Sesak nafas seeing meyerang setelah 3 bln sembuh dr covid

Sya bekas pesakit covid stage 2 dan semasa dijangkiti covid sya pernah mgalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital namun begitu doc mgesahkan keadaan sya ok shj dan dibenarkan pulang meneruskan kuarintin di rumah. Doc juga Ada mengatakan kemungkinan sya mengalami serangan panic atau tjga dr tdo secara mengejut menyebabkan kesukaran bernafas. Setelah hampir 3 bln berlalu dan sya sudah sembuh dr covid. Keadaan in Masih berlaku dimana kekdg sya mengalami kesukaran bernafas dan keadaan in juga menyebabkan sya tidak boleh tidur Malam. Adakah sya mgalami menyakit lain doc…

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda. Masalah sukar bernafas ketika tidur dan insomnia boleh disebabkan oleh dua perkara yang berbeza, iaitu Orthopnea (sesak nafas jika baring) ataupun Paroxysmal Nocturnal Dypsnea (sesak nafas ketika tengah tidur).

Untuk makluman anda, masalah Orthopnea ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:

  • Jangkitan kuman pada paru-paru (Pneumonia)
  • Paru-paru berair (Pulmonary edema) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman
  • Pleural Effusion iaitu pengumpulan cecair sekeliling paru-paru. Ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau masalah salur darah paru-paru tersekat (Pulmonary embolism)
    *Pulmonary embolism
  • Pengumpulan cecair di dalam abdomen (Ascites) yang boleh disebabkan oleh masalah jantung atau hati.
  • Masalah pengsarafan pada diafragma, iaitu salah satu otot pernafasan.

Manakala bagi Paroxysmal Nocturnal Dypsnea (PND) pula, ia boleh disebabkan oleh:

  • Asthma
  • Penyakit kronik penyekatan pernafasan (COPD)
  • Cecair hidung yang terjatuh ke kerongkong (Postnasal Drip)
  • Paru-paru berair
  • Penyakit ketidakbolehan bernafas ketika tidur (Sleep apnea)
  • Pulmonary embolism: penyakit salur darah paru-paru tersumbat.
  • Penyakit kekangan paru-paru (Restrictive lung disease) seperti Emphysema.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_205289722_8rZ0tTBlNZ110lxgYxFV2JX10xxsVouT

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)