
Sulit
3 tahun
Sesak nafas serta sakit di bahagian belakang tengkuk
hi DR sy lelaki brumur 34 tahun,sy nak buat pertanyaan sekarang ni bahagian belakang tengkuk sy terus ke sekitar kawasan bahu kiri sering sakait,sakit ini dah terjadi selama 3 ke 4 bulan dan tggan kiri sy sentiasa berasa lenguh sehinggakan sy menjadi tidak selesa,sakit pada bahagian tengkuk pula sy sering menggelingkan kepala sy kiri ke kanan untuk melegakan sedikit lenguh-lenguh pada tengkuk bulakang dan bahu,sy juga mengalami ingatan yang lemah,semakin hari semakin kerap contoh sy letakkan kunci di atas meja tp sy rase sy letak di tempat lain,sekarang tengkuk belakang bahagian kiri sy ibarat membawa 1 bebanan,berkenaan dengan nafas sy pula bila sy marah sy akan menjadi terlalu penat sehinggakan sy mencungap-cungap

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk mengetahui punca masalah sakit tengkuk, belakang dan bahu anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan.
Terdapat pelbagai punca masalah sakit tengkuk. Antaranya:
- Masalah postur badan yang tidak betul
- Masalah kedudukan struktur tulang
- Masalah saraf dan otot
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.