Sulit

3 tahun

Sesak / Susah Bernafas & Kebas Seluruh Badan

Berikut adalah maklumat tentang saya. Lelaki/28thn/170cm/96.5kg/Perokok.

Saya mempunyai masalah sesak/susah bernafas sejak Januari 2020. Saya perlu menarik nafas yang dalam dan dalam keadaan yang cepat. Sesak nafas ini kadang kala dirasakan tanpa tahu sebabnya dan hilang begitu saja. Kadangkala, setiap hari dalam seminggu saya akan merasa sesak nafas. Sekarang saya sedang mengalami sesak nafas dan baru sekali ini saya merasakan kebas seluruh badan.

Sebelum ini saya telah pun membuat rawatan ke Hospital dan Klinik namun masih tidak mendapat jawapan tentang penyakit ini. ECG telah dilakukan dan keputusannya jantung saya baik sahaja. Saya juga telah membuat swab test sekiranya saya terjangkit dari wabak Covid-19 namun keputusannya negative. Saya juga telah membuat pemeriksaan pengambilan darah untuk semak Darah Tinggi & Kolestrol didalam badan. Namun keputusan Lemak Jahat tidak dapat dibaca. Nasihat doktor adalah mungkin kerana terlalu tinggi.

Saya amat memerlukan bantuan untuk mengetahui apa yang harus saya lakukan dan apa lagi ujian yang patut saya lalui.

Terima Kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sesak nafas dan kekebasan yang berlaku pada seluruh badan anda yang berlaku setelah 10 bulan yang lalu. Berdasarkan informasi yang anda berikan di atas, masalah kekebasan anda mungkin boleh berpunca daripada kesesakan nafas yang anda tengah hadapi. Pada biasanya, kekebasan ini merupakan salah satu simptom dimana berlakunya kekurangan oksigen dalam aliran darah, bermaksud terdapat masalah dari segi proses pengalihan oksigen dalam paru-paru anda

Oleh itu, kemungkinan masalah anda boleh berpunca daripada masalah paru-paru seperti penyakit penyekatan salur nafas kronik (COPD), asthma, Emphysema, Pneumonia, dan juga Interstitial lung disease, iaitu sejenis penyakit sel paru-paru yang rosak dan menjadi parut (Fibrosis).
Namun, bagi pneumonia, ia hanya berlaku pada masa yang singkat dan mengejut, dan simptom-simptom terlibat memerlukan perhatian kecemasan dari pihak hospital.

Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.**
**

Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dan membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut dengan cadangan bahawa paru-paru anda mungkin bermasalah. Siasatan lanjut seperti Chest X-ray, MRI dan juga PFT (Pulmonary function test) perlu dilakukan bagi pengetahuan lanjut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

THUMBNAIL_Fotolia_64437428_Subscription_Monthly_M

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)