
Sulit
5 tahun
Sesekali merasakan sukar untuk bernafas
Saya lelaki umur 26 tahun . Dah hampir sebulan saya jadi sukar untuk bernafas . Ada waktu okay ada waktu saya perlu tarik panjang atau tarik kuat2 baru boleh rasa puas . Saya ada buat checkup dekat kk dan doc cakap mungkin asthma . Doc ada bagi dua ubat yg perlu tekan masukkan dalam mulut . Adakah ini ambik masa yang lama untuk pulih ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Asma
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Serangan asma, seharusnya pulih serta merta setelah pengambilan ubat lebih-lebih lagi jika ia steroid dan anda perlu pastikan anda jauh daripada bahan yang menyebabkan anda mendapat serangan asma seperti binatang perliharaan, bunga-bungaan dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.