
Sulit
5 tahun
Shortness of breathe
Hello Dr, semenjak berat badan saya naik 60kg n tinggi 150cm, saya mengalami sesak nafas…initially saya fikir mungkin dsebabkan choc saya tinggi tapi resultnya 4.something la so saya risau jika ia adalah pneumonia dsebabkan simptom sesak nafas atau pyakit lain… Saya juga telah bjumpa dgn dr untuk cek jantung, bp n dxt semuanya ok… So saya nak minta pendapat dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti/Terlebih berat
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
Anda disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengurangkan berat badan bagi mengatasi masalah diatas. Walaubagaimanapun, sekiranya masalah ini berlanjutan, anda perlu mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.