
Anonymous
5 tahun
Siflis dan tanda tanda
Saya wanita yang berumur 19 tahun. Saya sering didedahkan dengan keadaan sekeliling yang menghidapi penyakit siflis. Saya ingin bertanya, adakah seseorang yang menghidapi penyakit siflis itu datang bulan ataupun mengalami period seperti biasa? dan apakah juga tanda tanda yang senang dilihat pada seseorang yang menghidapi penyakit siflis ini. mohon pencerahan doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sifilis merupakan sejenis penyakit kelamin dan mempunyai tiga peringkat. Peringkat pertama biasanya akan timbul ruam atau dipanggil ‘lesion’ atau biji-biji pada kemaluan tanpa rasa sakit. Mungkin juga keluar cecair berbau dari kemaluan.
Anda boleh lakukan ujian saringan secara percuma di klinik kesihatan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.