
Sulit
4 tahun
Sikap tidak mahu berjumpa dengan orang
Saya mempunyai seorang adik lelaki berusia 25 tahun. Dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik sejak sekolah hingga ke peringat universiti. Walau bagaimanapun, adik saya mempunyai beberapa sikap seperti:
- Tidak mahu berjumpa dengan orang, bila ada tetamu datang dia akan cepat lari ke dalam bilik
- Takut untuk keluar rumah membawa kereta/motosikal dikhuatiri sesat
- Tidak mahu bekerja
- Kurang bercakap
- Dunia dia hanya dengan laptop sahaja (Dia merupakan graduan Sains Komputer)
Emak saya menjadi risau dengan sikapnya yang tidak mahu bekerja dan berjumpa dengan orang. Adakah sikap adik saya ini normal atau dia mempunyai masalah gangguan mental?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai kelakuam adik anda yang suka berada di bilik, tidak suka berjumpa orang dan tidak mahu bekerja.
Kemungkinan kelakuan yang beliau tunjukkan merupakan personaliti namun jika adik anda sampai tidak mahu berjumpa orang, tidak bekerja dan tidak menjaga kebajikan diri sendiri dikhuatiri jika ia disebabkan masalah mental.
Masalah ini boleh disebabkan oleh faktor persekitaran seperti:
- Perasaan stress dengan pekerjaan anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan agar beliau mencuba langkah berikut bagi mengawal simptom sedia:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Masalah ini boleh berpunca daripada sakit berikut:
- Kemurungan
- Masalah Bipolar
- Ketagihan dengan permainan video
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.