Sulit
4 tahun
Simptom Covid berterusan sepanjang dan selepas tempoh quarantine
Ibu saya yg berumur 62 telah disahkan positif pada 17/8/21. Keadaannya kesihatannya masih tiada perubahan sehingga 28/8/21 (batuk, pening kepala, cirit birit, tidak lalu makan, lesu, lembut lutut, tidak dapat tidur akibat batuk berterusan). Masih x larat untuk pergi potong gelang dan risau menjangkiti orang lain. Spo2 level adalah 94 pada hampir setiap masa. Apakah tindakan lanjut yang wajar? Ibu saya sudah bertahan sehingga hari ini, namun masih mengalami simptom yang sama sehingga beliau letih dan berubah suara. Ketika beliau mengantuk, terpaksa tidur dalam keadaan duduk menghadapkan dada dan kepala pada bantal-bantal di hadapan…kerana tidur baring akan menyebabkan batuk yang tidak dapat berhenti… mohon cadangan doktor. Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, setelah anda tamat kuarantin serta keputusan ujian covid terkini anda adalah negatif selepas itu, maksudnya virus dalam badan anda telah berkurang. Namun anda masih berupaya untuk menyebarkan jangkitan kepada orang lain walaupun risikonya rendah daripada dahulu. Oleh itu, sila mengikuti SOP, pakai mask, rajin basuh tangan, jarakkan diri sama lain dan jaga kebersihan masing.
Selain itu, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, sakit tekak, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang. Ramai doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC dengan 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































