Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Simptom lain lepas covid

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 19, 2021 9:07 PM

Sulit 41 hari

Hi doctor… Sy wanita berusia 33 tahun… Sy baru 2 hari discaj dr hospital selepas disahkan positif covid… Sy dihantar ke hospital kerana tekanan darah yg agak rendah… Tp selepas dibenar untuk discaj… Sy mengalami lemah sendi dan sakit dada yg menyebabkan sy sukar sikit untuk bernafas dengan baik… Apa yang saya perlu lakukan? Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 41 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Kami memahami bahawa anda mempunyai masalah gejala sukar bernafas dan sakit dada serta lemah sendi selepas dibenarkan keluar hospital sebab COVID.

Untuk pengetahuan anda, ‘long COVID-19’ atau ‘post-COVID-19 syndrome’ adalah kondisi kesan COVID-19 berlarutan melebihi 4 minggu selepas diagnos dengan COVID-19.

Antara gejala-gejala yang sering dilaporkan adalah seperti:

  • Keletihan
  • Sesak nafas
  • Batuk
  • Sakit sendi
  • Sakit dada
  • Masalah peringatan dan daya fokus
  • Sakit kepala
  • Jantung berdegup laju
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Kemurungan atau keresahan
  • Demam
  • Pening kepala
  • Gatal badan

Namun gejala yang dialami setiap individu adalah berbeza-beza dan gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius .

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk segera ke hospital kerana menganggu penafasan atau berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penilaian dan nasihat lebih lanjut dalam perkara ini.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Sat Jun 19 2021 21:07:33 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19