
Sulit
3 tahun
Simptom selepas cucuk vaksin sinovac
Pening kepala Dan sakit tekak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, pening kepala dan sakit tekak adalah kesan sampingan umum selepas vaksinasi. Kesan sampingan lain adalah seperti yang berikut:
- Sakit atau bengkak pada tempat suntikan
- Demam
- Sakit kepala
- Sakit otot dan sendi
- Menggigil
- Kelesuan
- loya dan muntah
Kesan-kesan ini boleh dialami sepanjang beberapa hari hingga seminggu, berbeza-beza untuk setiap individual.
Sekiranya gejala anda alami ini tidak sembuh selepas satu minggu atau bertambah teruk, sila merujuk kepada doktor anda atau menghubungi CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini