Sulit
3 tahun
Simptom : Suhu badan tinggi (secara on off) dan sakit tekak selama beberapa hari. Tiada sejarah berhubung rapat dengan pesakit covid tapi paranoid. :sweat_smile:
Im a 22 y.o woman, having symptoms of fever (on off for few days) and sore throats (and a bit runny nose). But im not sure whether it is actually fever (idk whether my body temperature is above 37.5°c but it is actually hotter than normal day). On off means it will get hotter in the morning (sometimes night), and back to normal during the days and it is still the same for few days.Dont have any direct contact with positive Covid 19 patient but last weekend (merdeka week), i went back to Kedah by ETS but i directly go home (my home is in green zone) and take ETS back to Kl the next 2 days. I have taken panadol actifast, use kool fever, drink lots of water (2 x 1.5l bottle daily), take my bath frequently (3 times daily), but nothing works. The question is, should i go to clinic or take covid 19 test (or am i being too paranoid here😂)? i have tried the online assessment covid 19 test, and the result is i have minimal risk.
3 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID. Oleh kerana itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Walaubagaimanapun, memandangkan anda tidak memiliki sebarang gejala walaupun anda on-off berasa badan anda panas, anda disarankan untuk memantau gejala COVID 19 seperti batuk dan selsema.
Untuk makluman, gejala jangkitan akan timbul dalam jangka masa 14 hari.Anda harus segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan ujian pengesahan jika anda menunjukkan simptom.
Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini