
shaenats
5 tahun
Sinusitis dan Polyp berbahaya?
Macam mana nak tahu sinusitis yang dialami itu adalah normal atau kronik dan adakah ketumbuhan polyp di dalam hidung berbahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sinusitis atau dalam bahasa Melayu digelar sebagai resdung adalah kondisi atau penyakit kronik berkala. Kronik dalam istilah perubatan adalah sesuatu yang mempunyai sejarah yang lama atau kondisi yang bertahan lama dan ia bukanlah bermaksud sesuatu yang sangat teruk jika mengikut definisi bahasa. Sesetengah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis adalah penyakit kronik kekal iaitu mereka dirawat dari segi kawalan simptom kerana tiada penawar yang dijumpai buat masa kini. Sinusitis yang merupakan penyakit kronik berkala kerana ia akan kerap datang jika si pesakit menerima jangkitan selesema atau terkena pencetus seperti habuk dan debu.
Ketumbuhan polip didalam hidup adalah antara kondisi yang biasa dilihat dalam pesakit kronik hidung seperti sinusitis dan asma. Ianya tidak berbahaya melainkan jika ia kerap berdarah atau jika ia tutup kedua-dua belah lubang hidung. Ia sering kali membawa masalah seperti berdengkur dan tidur terganggu. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.