
Sulit
4 tahun
Soalan mengenai kehamilan
Saya perempuan brusia 19 tahun. Semalam sya dn psgn sya hampir mlakukan hbgn intim ttpi dia punya private part tidak masuk ke dalam dan cuma diluar (masuk sedikit sahaja). Saya dan dia juga mlakukan masturbasi dgn lama menggunakan jari dan masuk ke dalam lubang private part. Hari ini saya rasa mcm mual. Adakah saya hamil? Atau adakah disebabkan asid perut saya ? Kerana saya mempunyai gastrik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makkluman anda, kehamilan hanya boleh berlaku sekiranya pasangan lelaki mengeluarkan air mani ke dalam vagina atau serviks, terutamanya pada waktu pertengahan bulan dalam kitaran haid ( 2 minggu selepas atau sebelum tarikh kedatangan haid) yang merupakan waktu subur wanita. Sekiranya kegiatan anda tidak melibatkan berikut dan hanyalah masturbasi menggunakan jari, maka kehamilan tidak akan berlaku sama sekali, melainkan jari tersebut mempunyai air mani yang melekat.
Oleh itu,perasaan mual anda mungkin tidak berkaitkan dengan kehamilan malah ia lebih berkait dengan gejala gastrik yang anda tengah hadapi. Selalunya, tanda-tanda hamil adalah seperti berikut:
- Haid yang lewat lebih dari seminggu sehingga hari ini.
- Mual dan muntah
- Sakit kepala dan loya
- Sakit payudara
- Perubahan emosi
- Pembesaran perut selepas beberapa bulan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Mengenai gejala gastrik anda, ia boleh disebabkan oleh keracunan atau alahan pada makanan, serta boleh disebabkan oleh masalah rembesan asid yang berlebihan dalam perut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor am yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dengan situasi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.