
noorhaniyah94
5 tahun
Spotting early pregnancy dan kurangnya sakit pada perut dan breast
hai doc. sy ada soalan mengenai pregnancy. early pregnancy. 2 3 hari lepas sy dapati sy telah mengalami spotting… lebih kurang 5 titik sekali sahaja n sehari sahaja. adakah itu implantation bleeding? kemudian selepas dri spotting itu sy semakin kurang merasakan cramp pd perut dan kesakitan pada breast juga berkurangan. sebelum ini breast sy sgt sensitive dan perut sy selalu cramp ringan. skrg ini kandungan saya cecah 7 week. normal x kalau cramp n sakit breast sy berkurangan? sy agak risau memandangkan sy ada sejarah keguguran. skrg niy sy mgamalkan makan asid folic, susu dan multivitamin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perkara tersebut adalah normal. Semakin meningkat usia kandungan, semakin berkurangan alahan atau gejala kehamilan. Masalah spotting boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Namun, memandangkan anda sedang berada pada awal kehamilan, ia mungkin disebabkan pendarahan sewaktu awal implantasi.
Namun, jika anda mengalami pendarahan yang banyak, berketul, demam, sakit pada rahim, anda harus mendapatkan rawatan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.