Anonymous
6 tahun
Spotting selepas ambil pil postinor walaupun telah tamat haid 3 hari sebelum itu
Hari pertama haid saya adalah pada 18hb Julai 2019 (khamis), saya dan pasangan telah berhubungan badan serta ‘pancut dalam’ pada haid saya yang ke-2(19/7/19-Jumaat) dan ke-4 (21/7/19-ahad). Pada hari isnin (22/7/19) saya telah makan pil postinor 2 dlm tempoh 24jam berhubungan bdn dan diikuti pil kedua selepas 12jam spt yg disarankan. Saya telah kering haid pada 24/7/19 (Rabu) walaupun ada keputihan yg bertekstur krim2. Dan pada 27/7/19 (Sabtu) saya telah didatangi haid seperti darah ketika kencing dan saya pakai pad macam biasa. Soalan saya:
a) Berapa lamakah jangka hayat sperma yg akan berada dlm tubuh saya yg dlm keadaan haid setelah pancut dlm haid hari ke-2 dan ke-4. Adakah boleh terjadi persenyawaan dan ovulasi dlm tempoh saya haid jika sperma masih menunggu di tiub fallopio utk senyawa…dan boleh adakah boleh hamil dalam tempoh tersebut sedangkan saya habis haid pada hari ke-7 dan ke-8.
b) Adakah pd 27/7/19 tersebut dikira sbg haid atau ianye adalah kesan drpd pil postinor yg saya ambil dan adakah kitaran haid saya bulan hadapan akan berubah hari samada awal atau lambat… darah tersebut dikira saya tidak hamil ke?
Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi menjawab soalan pertama, jangka hayat sperma didalam badan boleh bertahan sehingga 3-7 hari bergantung pada keadaan rahim. Jika terdapat persenyawaan sekalipun, embryo tersebut perlu melekat pada dinding rahim bagi memastikan kehamilan berjaya. Sekiranya anda mengambil pil postinor 2 seperti yang disarankan, peluang kehamilan adalah rendah namun masih wujud kemungkinan kecil ianya boleh gagal.
Mengenai soalan kedua, pendarahan yang anda alami boleh disebabkan:
- Kegagalan implantasi kehamilan
- Kesan ubat postinor 2
- Pendarahan polip/fibroid dalam rahim
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Jangkitan saluran kencing atau dalam pelvis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































