Sulit
4 tahun
Status ahli keluarga yang serumah dengan orang yang menjalani swab test
Nenek saya telah mendapatkan rawatan di hospital kerana demam kelmarin…Doktor yg bertugas telah mengarahkan nenek saya untuk menjalani swab test pada hari ini dan telah dipakaikan gelang pink… Nenek bukanlah kontak rapat kepada mana² kes,saringan dilakukan kerana faktor usia warga emas…sekiranya negatif,gelang akan dipotong pada 12 hb… Saya ingin bertanya apakah status kami yang serumah dengan nenek? Adakah kami perlu menjalani kuarantin?
4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19. Namun buat sementara waktu, akibat peningkatan kes yang terlalu tinggi & secara mendadak, terdapat beberapa perubahan terhadap SOP rawatan bencana pandemik.
Walaupun nenek anda tidak tergolong dari kalangan kontak rapat, anda sekeluarga tetap harus beradaptasi dan mangambil langkah berjaga-jaga sehingga nenek anda mendapatkan hasil ujian swabnya. Sementara itu, semua yang tinggal di rumah dinasihatkan untuk menjaga jarak khususnya apabila individu yang memakai gelang KKM ingin keluar dari ruangan isolasinya di rumah.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
Justeru saya juga menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah dan patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































