Sulit
4 tahun
Status keputusan ujian kehamilan
saya check pregnancy test 7 days before missed period. its positive. valid or not? perlu ke saya consult dengan doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Maka, sekiranya hasil tes positif maka bererti persenyawaan telah terjadi. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Maka hasil ujian adalah valid, silakam untuk anda melakukan pemeriksaan scan di klinik untuk mendapatkan kepastian tentang status kehamilan anda dan pemeriksaan lanjut tentang keadaan bayi.
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.