
emeldantsha
5 tahun
Strect mark pada peha dan punggung
saya wanita 20 an, belum lagi berkahwin. Ketinggian sy 150,berat sy dalam 43kg. Saya ingin bertanya soalan pada doctor, kenapa ada muncul nya strectmark berwarna unggu pada peha n punggung sy? sedangkan sy belum lagi berkahwin n mempunyai zuriat. Sbb sy ada buat research strecthmark selalu muncul pada wanita pregnant.Then, kalau nak dikatakan selulit. tapi sy punya strectmark ni berwarna unggu. sebelum ni sy tak pernah mengalami. Sy just ada strecth mark pada peha dan bahagian punggung saja. sy tidak faham, ke ada kaitan dgn berat badan sy bertambah? sbb before ni bmi sy tak normal. boleh doc bg pendapat? cara menghilang kan strecth mark?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah stretch mark berwarna unggu ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sindrom Cushing iaitu hormone steroid dalam badan anda lebih daripada normal
- kesan ubat-ubatan seperti steroid
- kehamilan
- kehilangan berat badan dengan mendadak/peningkatan berat badan mendadak
Masalah hormon diatas seperti sindrom Cushing boleh menjadi merbahaya jika anda tidak mendapatkan rawatan lanjut. Maka, anda perlu mendapatkan rawatan lanjut bagi mengecualikan Sindrom Cushing tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.