
Sulit
3 tahun
Stress dalam kehidupan
Doktor,bagaimana saya boleh rawat stress dalam kehidupn saya… bila keadaan saya tengah marah,saya akan hilang sabar… saya cederakan diri sndri,saya tak boleh nak kawal diri sendiri… fikiran saya cuma mati mati dan mati… saya alami pengalaman ni dari zaman sekolah, tiada siapa yg faham keadaan saya mcam ni… saya dh kawin selama 7tahun dn dh dikurniakan sepasang zuriat… saya pernah kehilangan ank saya yg sulung seusia 2bulan dan penah gugur tahun 2020… masalah sekarang saya tak boleh kawal perasaan yg rasa nk bunuh diri, dalam fikiran cuma tahu macam mana cara aku nak mati, macam mana dgn ank² aku tapi saya sendiri pon dah macam orang gila…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan gejala stress dalam diri anda. Antaranya adalah:
Bertenang.
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
Bernafas dengan dalam .
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
Beribadat.
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda . Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.
Berehat dan mendengar muzik.
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
Beriadah.
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.