Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Stretch Mark pada paha anak

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 9, 2020 7:07 AM

Sulit 21 hari

Anak perempuan saya berusia 12tahun. Terdapat garisan garisan merah seakan akan strecth mark di kedua dua belah peha Kiri dan Kanan nya.Tidak rasa sakit atau gatal. Apakah punca terjadinya garisan seakan stretch Mark ini kerana badan nya kurus tidak berisi.
Terima kasih doctor.

Dr Sri Viknarajan 21 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anak anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, stretch mark merupakan perkara normal bagi orang ramai. Stretch marks berlaku akibat daripada kulit terlalu regang sekali gus menyebabkan tisu fibrous kolagen hilang kerenggangan sepenuhnya. Fenomena ini diibaratkan sebagai getah yang ditarik melebihi tahap kerenggangannya. Anda boleh cuba menggunakan minyak seperti bio-oil untuk mengurangkannya.

Namun begitu terdapat satu lagi masalah stretch mark yang memerlukan perhatian perubatan disebabkan oleh pengambilan ubat steroid berlebihan yang dikenali sebagai “Cushing’s Syndrome”. Simptom lain termasuklah bengkak badan, senang lebam, berat badan bertambah, luka yang susah pulih, tekanan darah tinggi dan lain lain. Namun, perkara ini tidak mungkin berlaku pada anak anda kerana berat badannya yang kurus.

Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum rawatan boleh diberi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah anak anda ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Si cilik perlu mendapatkan perhatian kesihatan yang sebaiknya. Bincang isu kesihatan kanak-kanak bersama pakar bertauliah

Dikemaskini pada: Wed Sep 09 2020 07:07:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang penyakit kulit secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kurap dan gatal di bahagian ketiak, kaki, perut, kemaluan, punggung Saya wanita berusia 17 tahun… Saya mengalami masalah kurap di bahagian kemaluan sejak berusia 15 tahun… Namun begitu, masalah ini semakin bertambah teruk kurap merebak hingga ke bahagian punggun… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Parut seperti parut keloid di atas kemaluan Parut seperti parut keloid di atas kemaluan, gatal sangat dan sangat terganggu. Apakah cara untuk hilangkannya ? Baca lagi...
12 hari
aisyahusna98
Kulit kering dan mengelupas Saya ingin bertanya mengenai masalah kulit. Jari saya kering dan mengelupas. Kadang2 keluar cecair di setiap jari saya. Bila saya pergi klinik, dr cakap saya alergik air/cecair. Saya pakai ubat yg dr … Baca lagi...
2 hari
Sulit
Bintiik air pada tapak tangan Hai… As salam. Tangan saya timbul bintik air pada tapak tangan. Apakah rawatan yang sesuai untuk saya lakukan? Ia disebabkan terlalu kerap menggunakan sanitizer pada tahun ini… Telah pergi j… Baca lagi...
30 jam
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15