
Sulit
4 tahun
Suami kerap kencing dan kencing berbau
Suami saya berumur 35 tahun,baru2 ini dya sangat kerap kencing dan merasa sakit di bahagian alat sulit dan ari2 dan air kencing berbau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang suami anda hadapi iaitu kerap kencing, merasa sakit di bahagian alat sulit dan air kencing berbau. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai penyakit, antaranya ialah:
Kencing Manis (Diabetes Mellitus):
Kencing yang kerap di dalam kuantiti yang besar pada kebiasaannya merupakan gejala awal bagi kedua-dua penyakit diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2 kerana tubuh sedang berusaha untuk membuang glukosa yang berlebihan melalui air kencing.Masalah prostat:
Prostat yang bengkak akan memberikan tekanan kepada uretra (tiub yang membawa air kencing keluar daripada pundi kencing) dan ia akan menghalang aliran keluar air kencing lantas menyebabkan dinding pundi kencing menjadi rengsa dan tidak selesa. Ketidakselesaan ini akan menyebabkan pundi kencing mula mengecut walaupun ia mengandungi sedikit sahaja air kencing dan akan menyebabkan seseorang itu mengeluarkan air kencing dengan lebih kerap.Interstitial Cystitis:
Seseorang yang mengalami keadaan ini akan berasa sakit dan rengsa pada pundi kencing. Keadaan ini tidak diketahui puncanya. Antara gejala-gejala yang ditunjukkan termasuklah keperluan yang mendesak untuk membuang air kecil.Penggunaan diuretik
Ubat diuretik merupakan salah satu ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Ia akan menggalakkan pengeluaran cecair daripada tubuh badan dan menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil.Strok atau penyakit-penyakit saraf:
Kerosakan kepada saraf yang membekalkan pundi kencing boleh menyebabkan masalah kepada pundi kencing termasuklah peningkatan kekerapan untuk membuang air kencing. Keadaan ini digelar ‘neurogenik bladder’Minum terlalu banyak:
Meminum air lebih banyak daripada keperluan tubuh badan boleh menyebabkan penghasilan air kencing yang lebih banyak daripada biasa.Pemanis tiruan, alkohol, kafein dan makanan-makanan lain:
Alkohol dan kafein boleh memberikan kesan seperti diuretik yang boleh menyebabkan seseorang itu kencing dengan lebih kerap. Minuman berkarbonat, pemanis buatan (seperti Splenda atau Equal) dan buah sitrus telah dikenal pasti dapat memberikan rasa rengsa kepada pundi kencing, menyebabkan seseorang itu kencing dengan lebih kerap.Kanser pundi kencing
Disfungsi pundi kencing
Terapi radiasi
Namun begitu, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.