
sitinazatul92
5 tahun
Suhu demam bayi 2 bulan
Doktor, suhu demam bayi 2 bulan berapa ye? Kalau guna thermometer sukat dekat ketiak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Suhu bagi bayi dan kanak mudah naik dan turun dan suhu normal adalah antara 36.0-37.9 degree. Sekiranya suhu bayi bawah umur 6 bulan melebihi 38.5 darjah selsius, siasatan perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca kepada demam tersebut. Pengambilan suhu bayi boleh dilakukan pada bawah ketiak, dalam telinga mahupun dalam dubur mengikut jenis termometer yang digunakan. Informasi yang penting ketika merekodkan suhu bayi adalah untuk merekodkan waktu suhu diambil serta gejala lain seperti muntah atau kurang minum susu agar jika perlu dibawa ke doktor, mudah untuk memberikan informasi ini kepada pihak doktor.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.