Anonymous
6 tahun
Sukar bernafas dan sakit perut
Sy wanita 35thn, baru2 ni sy cirit birit dan muntah dan terus demam. Berlanjutan hanya 2 hingga 3 hari, then ok. But perut masih sakit yg ringan, spt rasa permulaan sakit perut hendak datang bulan. Cuma, ia bukan hanya berlaku selepas dan sebelum makan, malah tiap kali mahu melakukan rutin harian spt mengemas, mencuci, even hanya hendak menundukkan badan utk mengambil barang di lantai. Selain itu sy kadang2 alami masalah sukar bernafas contoh sewaktu hendak baring, dan sewaktu berdiri pon. Rasa seperti nafas pendek, sometimes nak tarik nafas pon rasa tidak cukup oksigen masuk dan saya rasa kepenatan. Ada kaitan kah? Especially time saya terlampau stress rasa sebak dada dan sukar bernafas (kerana spt tidak ckup oksigen masuk ke peparu saya)… Mohon pm saya segera jika kritikal.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman dan bakteria
- gastrooesophageal reflux (asid perut naik ke atas)
- peptic ulced disease (perut luka)
- ketumbuhan dalam bahagian saluran pencernaan puan
Untuk masalah pernafasan puan pula boleh disebabkan beberapa perkara
- masalah jantung (jantung bengkak)
- masalah paru-paru (paru-paru berair ataupun radang paru-paru)
Oleh kerana masalah ini berlarutan dan bertambah teruk, kami memerlukan maklumat lebih lanjut dari pihak puan untuk diagnosis yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
.





























