
Sulit
5 tahun
Sukar bernafas, sakit disekitar dada, pedih ulu hati, dan angin
Sy wanita berumur 31 thn. Sjak kebelakangan ini sy mengalami sakit di bahagian dada, pedih ulu hati, sukar bernafas dan berangin. Sy telah pergi ke klinik swasta dan doc beritahu sy gastric. sakit tu ok kejap lps 1-2 hari kadi balik. Adakah sy perlu buat medical chec up.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab kepada masalah sakit dada, pedih ulu hati, sukar bernafas dan berangin. Ianya boleh disebabkan oleh:
- Masalah jantung (penyakit koronari arteri)
- Masalah pada paru-paru, tulang rusuk, lapisan paru-paru dan sebagainya
- Masalah gastritis, GERD
- Masalah pada organ sistem pencernaan seperti hempedu, hati dan pankres
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.