
wanhazim822
5 tahun
Sukar bernafas , tapi saya tade penyakit asma
Sy berumur 20, sejak menjak ni saya rasa sukar nk bernafas . Kadang- kadang kene bernafas dalam dalam baru selesa. Lepastu sy rasa sakit dada kiri macam ada cucuk cucuk camtu. Bukan selalu , tapi ada cucuk cucuk tu. Kahak pun susah nk keluar. Kadang-kadang waktu malam , sy rasa kahak lekat di tekak sy. Susah nk keluarkan dia , kenape ye doc . Dah sebulan lebih camni. Sekejap nafas okay , sekejap rasa susah sangat nk bernafas kene tarik dalam dalam . Tolong doc…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sesak nafas anda boleh disebabkan:
- Asma
- Alahan - seperti pada habuk dan debu
- Jangkitan saluran udara
- Keresahan
- Anemia - kurang sel darah merah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.