Sulit
3 tahun
Sukar membuka mulut dan dagu kelihatan senget
Hai doktor, dagu saya kelihatan senget ke sebelah kiri dan saya agak sukar untuk membuka mulut. Bibir saya juga kelihatan agak senget. Saya boleh membuka mulut dgn luas apabila menggerakkan rahang ke sebelah kanan. Perkara ini berlaku selama 2 tahun. Kadang2 jika ingin membuka mulut untuk makan, saya dapat mndengar bunyi klik atau sprti skru. adakah ini normal atau saya perlu ke klinik ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian seperti:
- Kecederaan atau dislocation pada temporomandibular junction (TMJ)
- Osteoarthritis rahang
- Trismus
- Rheumatoid arthritis rahang
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Anda sangat perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan perkara ini perlu diberikan perhatian kerana kami bimbang ia berpunca daripada masalah yang lebih serius dan juga ia boleh mengganggu aktiviti harian anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.