Sulit
3 tahun
Sukar tidur dan pola tidur berubah
Hi ,
Saya mengalami masalah susah tidur diwaktu malam. Hal ini berlaku kerana saya stress dan asyik memikirkan hal kerja semasa hendak tidur. Pola tidur saya juga telah berubah kerana telah berjaga dimalam hari kerana terlibat didalam projek submission beberapa hari lepas. Saya sudah tidak tidur malam selama 5 hari. Saya telah cuba mengubah pola tidur harian saya namum tidak berjaya. Setiap malam saya akan tutup semua lampu pada jam 11 malam dan cuba tidur namun tidak berjaya. Saya juga telah membuat senaman kardio pada waktu petang dengan harapan badan saya akan letih dan tidur pada waktu malam namun tidak berjaya. Saya juga telah minum susu suam dan juga pisan kerana melalui pembacaan saya ianya mampu membantu tidur malam saya namun tetap sukar untuk tidur malam. Saya telah buntu dan tekanan terhadap masalah ini. Saya telah ke klinik berdekatan untuk membantu merawat masalah ini namun doctor tersebut menyarankan saya mengubah pola tidur saya dan telah saya lakukan namun tetap tidak berjaya. Adakah terdapat cara lain bagi membantu masalah saya ini? Keadaan ini membuatkan saya stress dan buntu memikirkan perkara ini dan berfikir yang bukan-bukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anda sudah mencuba segala usaha untuk mengatasi masalah insomnia anda. Akan tetapi, sekiranya anda baru mencuba untuk 5 hari, saya sarankan untuk anda teruskan lagi usaha anda kerana ianya memerlukan usaha yang konsisten untuk melihat hasilnya. Usaha yang terakhir adalah untuk mengambil ubat tidur. Akan tetapi, ubat ini harus diambil dengan preskribsi doktor dan tidak disarankan untuk diambil dalam jangka masa yang panjang.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekali lagi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.