Sulit
3 tahun
Sukar tidur kerana masalah pernafasan
saya berumur 19 tahun dan berasa kurang oksigen ketika sedang tidur mengiring dan ia sangat menyukarkan saya untuk tidur. berdasarkan kesan sampingan, saya rasa salah satunya ialah saya mengalami anxiety. Apakah penyelesaian yang sesuai untuk saya atasi masalah ini? harap doktor dapat membantu saya.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Sukar bernafas ketika baring, boleh berpunca dari banyak perkara antaranya:
- saluran nafas yang tersumbat
- penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
- tanda-tanda pleural efusi
- gangguan organ jantung
- kelainan saluran pencernaan
- gangguan cemas
- atau kelainan yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Justeru bagi menghilangkan masalah tersebut, saya sarankan anda mengetahui terlebih dahulu kondisi tubuh dan kesihatan yang sebenar, agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Untuk itu, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Buat sementara waktu anda boleh
- pastikan tidur sedikit pada posisi yang lebih menyenangkan dan lebih mudah untuk bernafas
- minum lebih banyak air sekiranya berasa lemah atau loya
- pastikan tempat tidur selesa & segera ke klinik jika pernafasan sangat terganggu
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.