Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sukar tidur malam dan kerap sakit kepala

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Disember 9, 2021 4:36 AM

Sulit 5 bulan

Saya wanita berumur 20 tahun, akhir ii ni saya kerap mengalami sakit kepala, sukar tidur malam walaupun saya mengantuk tapi tk blh nk tdo, saya rasa sakit dada (asma), saya rasa sedih tiba ii, saya menangis tanpa sebab, Dan saya tak rasa nk makan… blh saya tahu kenapa blh jadi mcm ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 5 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan selamat pagi,

Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Daripada kenyataan yang diberikan ,kami memahami bahawa anda mengalami simptom-simptom seperti kerap sukar tidur dan sakit kepala, dan rasa sakit dada.

Kami memahami kebimbangan anda dan harap jawapan kami dapat membantu.

Sukar tidur boleh disebabkan oleh beberapa masalah,
antaranya adalah,

  • Stres dalam kehidupan harian
  • Jadual kerja yang menggangu masa tidur
  • Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
  • Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
  • Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
  • Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
  • Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
  • Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)

Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:

  • Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
  • Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
  • Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
  • Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
  • Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa

Kekerapan sakit kepala mungkin kerana

  • tekanan
  • sakit kepala berkelompok
  • migrain
  • masalah saraf
  • Keradangan pada salur arteri kepada muka

Masalah sekunder lain yng boleh membawa kepada masalah ini merupakan seperti berikut,

  • Jangkitan kuman
  • Tekanan darah tinggi
  • Keradangan sinus
  • Pendarahan

Mengenai masalah sesak nafas dan sakit dada pula, menurut dari keterangan yang anda perihalkan, masalah anda boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:

  • Gejala kekebasan ini boleh disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam darah serta karbon dioksida yang terlebih. Kekurangan oksigen ini boleh berpunca daripada masalah jantung atau paru-paru yang juga boleh menyebabkan sesak nafas.
  • Jangkitan atau keradangan pada paru-paru boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit dada.
  • Saluran darah paru-paru yang tersekat
  • Masalah jantung atau kegagalan jantung untuk mengepam darah dengan lancar (boleh menyebabkan kekurangan aliran darah beroksigen ke seluruh badan seperti kaki)
  • Penyakit sel darah seperti anemia yang menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah.
  • Penyakit darah beku pada saluran darah bahagian kaki
  • Gangguan stress atau emosi, serta senaman yang berlebihan yang boleh menyebabkan kesesakan nafas.
  • Penyakit keradangan paru-paru atau penyakit penyekatan saluran pernafasan kronik (COPD) yang boleh mengganggu penerimaan oksigen ke darah.
  • Penyakit kekangan paru-paru seperti Emphysema

Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.

Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Thu Dec 09 2021 04:36:04 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80