Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sukar tidur malam dan tidak dapat tidur

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 23, 2020 9:48 AM

Sulit 28 hari

sukar bernafas bila hendak tidur dan insomnia

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 28 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Menurut masalah yang anda perihalkan, masalah sukar bernafas ketika tidur dan insomnia boleh disebabkan oleh dua perkara yang berbeza, iaitu Orthopnea (sesak nafas jika baring) ataupun Paroxysmal Nocturnal Dypsnea (sesak nafas ketika tengah tidur).

Untuk makluman anda, masalah Orthopnea ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:

  • Jangkitan kuman pada paru-paru (Pneumonia)
  • Paru-paru berair (Pulmonary edema) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman
  • Pleural Effusion iaitu pengumpulan cecair sekeliling paru-paru. Ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau masalah salur darah paru-paru tersekat (Pulmonary embolism)
  • Pulmonary embolism
  • Pengumpulan cecair di dalam abdomen (Ascites) yang boleh disebabkan oleh masalah jantung atau hati.
  • Masalah pengsarafan pada diafragma, iaitu salah satu otot pernafasan.

Manakala bagi Paroxysmal Nocturnal Dypsnea (PND) pula, ia boleh disebabkan oleh:

  • Asthma
  • Penyakit kronik penyekatan pernafasan (COPD)
  • Cecair hidung yang terjatuh ke kerongkong (Postnasal Drip)
  • Paru-paru berair
  • Penyakit ketidakbolehan bernafas ketika tidur (Sleep apnea)
  • Pulmonary embolism : penyakit salur darah paru-paru tersumbat.
  • Penyakit kekangan paru-paru (Restrictive lung disease) seperti Emphysema.

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan dan boleh mengganggu waktu tidur anda secara berlebihan. Ini adalah untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Sep 23 2020 09:48:33 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Psikiatri tentang masalah tidur secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Susah nak tidur malam saya wanita berumur 19 thn saya mengalami susah nak tidur malam . walaupun mata saya berat sbb mengantuk apabila saya cuba untuk melelapkan mata saya tak dapat tidur . patutkah saya mengambil ob… Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Sukar tidur malam dan tidak dapat tidur sukar bernafas bila hendak tidur dan insomnia Baca lagi...
28 hari
sititasni
Tidur sering keluar air liur basi Saya wanita berusia 22tahun.saya mengalami masalah apabila tidur kerap mengeluarkan air liur basi yang banyak dan berbau sejak dari kecil.saya berasa kurang selesa sebab dah meningkat dewasa dan rasa … Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Dada berdegup kuat dan takut nak tidur Hai, saya student perempuan berumur 20 tahun. Semenjak semalam saya tidak boleh tidur kerana gelisah dan berdebar tanpa sebab. Jika saya terlelap, ketika saya terjaga, jantung saya berdegup kuat… Baca lagi...
56 hari
Sulit
Kerap mengantuk dan kurang selera makan Saya wanita berusia 23 tahun . Doktor saya ingin bertanya , sejak akhir-akhir ini saya sentiasa rasa mengantuk pada waktu siang walaupun saya mendapat tidur yg mcukupi . Selain itu sy juga hilan… Baca lagi...
6 jam
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!