
Sulit
4 tahun
Sukar tidur walaupun badan penat
Haii doctor…
Boleh bantu saya… Saya sukar untuk tidur Walaupon badan penat seharian, paling awal sy boleh tidur jam 4am,bangun jam 6am atau 9am paling lewat…
Boleh beri solution pada saya… Sebab saya mula kerap sakit kepale mungkin kurang tidur

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Ya, gangguan tidur bukan sahaja boleh mengakibatkan sakit kepala, malah kegelisahan yang melampau, gangguan untuk memberi fokus di siang dan lain-lain
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- meminum air atau susu sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun untuk menentukan pakah ubat diperlukan, sesi pertanyaan yang menyeluruh dan (jika diperlukan) pemeriksaan yang komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik dan seterusnya memastikan apakah kondisi anda memerlukan rawatan ubat dalam waktu yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.