Sulit
4 tahun
Suntikan depo di ambil lewat
hi sy wanita berumur 27 tahun, sy bersama dengan suami selepas 5 hari suntikan depo diambil. adakah sy boleh hamil? tetapi sy lewat 7 hari mengambil suntikan ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, suntikan depo harus diambil secepat munkin. Namun, ia boleh diambil sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu selepas tarikh suntikan seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.