Anonymous
6 tahun
Suntikan kehamilan depo provera
Saya berumur 41 tahun… Saya dh mengambil suntikan DP selama 19 tahun selepas kelahiran ank kedua saya…baru baru nie saya terlepas due suntikan selama 3 minggu dan saya mengalami sakit dia kedua buah dada saya seperti bengkak susu dn perut menjdi cekang mcm angin dalam perut…boleh saya tahu kenapa ya…dan arini 29/7 saya mengambil suntikan dp.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan perubahan hormon apabila tiada suntikan depo
- Sindrom Pra-menstruasi
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































