
Sulit
4 tahun
Surat Akuan Tidak Menerima Rawatan-Refuse untuk (Klinik Pakar Telinga)
Doktor,saya hairi 27 tahun,Semalam saya ada pergi ke Hospital Bukit Mertajam,Pulau Pinang bahagian klinik otoinolaringologi
(ENT)untuk berjumpa dengan doktor Pakar Telinga.
Semalam Saya diberi ujian Test Alat Tekanan Telinga untuk bacaan suhu sebab saya sakit telinga kanan kurang dengar akibat ketukan dinding yg kuat.Persoalannya ialah selepas doktor memasukkan alat tekanan suhu untuk menekan ke luar lubang telinga dalam bilik audiologi,separuh jalan doktor itu tekan guna alat penekan itu ke telinga saya ,saya bercakap berhenti sekejap sebab sakit kerana alat itu khas untuk tekan ke telinga sedalamnya.Jadi telinga luar saya akan sakit kalau tekan guna alat tersebut dan saya berkata pada doktor tersebut tidak mahu lakukan kaedah menekan cara ini lagi dan ingin cancel ujian tersebut.Jika saya meneruskan lagi,ujian kedua iaitu akan memasukkan Earphone yg besar untuk menekan lagi telinga maka saya terus bercakap tak nak buat ujian ini sb akan mengakibatkan telinga lluar sakit pada tulang dinding luar.
Selanjutnya doktor pakar memujuk saya untuk kenapa tak mahu buat ujian?mcam mana nak tahu kesakitan telinga dan xtray yg selanjutnya jika tidak test ujian pertama alat menekan tekanan suhu itu…
Akhirnya,doktor pakar mengambil keputusan untuk ambil surat Refuse iaitu Surat Akuan tidak menerima rawatan.(saya lupa tajuk apa yg pastinya surat REFUSE)dan doktor suruh saya tandatangan.Doktor nak buat surat psikitri tapi saya cakap tak payah la,cancel saja la ujian ni sb alat tu kena tekan telinga jadi sakit…lepas itu Doktor buat surat Refuse dan saya tandantangan dan pulang.
Jadi doktor,pertanyaan saya ialah sekiranya saya sudah tandatangan surat Refuse itu,adakah saya tidak boleh merujuk kembali ke bahagian klinik otoinolaringologi ENT lagi untuk selamanya dan disenarai hitam macam tu saja? dan tidak dibenarkan lagi masuk ke hospital Bukit Mertajam bahagian klinik otoinolaringologi dan tidak boleh membuat apa2 ujian telinga sekiranya berlaku kesakitan kali kedua untuk tempoh waktu yg lain pula?
Soalan Kedua saya doktor :
2.Bagaimana untuk tarik semula surat Akuan refuse itu jika saya nak pergi ke klinik telinga pada lain waktu atau masa hadapan jika emergency? adakah perlu membuat surat rujukan doktor Klinik Kesihatan yg baru atau bagaimana?atau tidak boleh lagi ke hospital kerajaan?perlu ke Klinik swasta pula?
Saya agak kecewa dengan tindakan doktor pakar.Masih terngiang-ngiang lagi dalam fikiran saya dapat surat Refuse macam itu.Sepatutnya tidak perlu surat sebegitu.jika tidak mahu ujian ,bleh pulang seperti biasa…saya tersinggung sikit…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda untuk menarik balik surat akuan jika hendak pergi ke klinik lain.
Untuk makluman pihak anda, surat yang anda tanda tangani berkemungkinanan adalah surat akuan menolak rawatan merupakan SOP di mana-mana hospital atau klinik sebagai dokumentasi apabila seseorang pesakit menolak atau enggan meneruskan rawatan. Surat ini bukanlah bermakna anda disenarai hitamkan atau tidak lagi boleh menerima rawatan di klinik atau hospital yang sama atau hospital lain.
Jadi anda tidak perlu risau untuk merujuk masalah anda ini di klinik lain atau klinik yang sama pada masa akan datang. Anda juga tidak perlu menarik surat akuan tersebut.
Namun begitu, kami ingin menasihatkan anda agar berbincang dengan doktor dengan baik tentang keraguan anda menganai prosedur yang dijalankan. Tiada doktor yang sengaja menyakiti pesakitnya. Kami memahami ketidak selesaan dan kesakitan anda ketika prosedur dijalankan, namun terdapat prosedur yang perlu dilalui sebelum pihak pakar boleh mengetahui punca masalah anda. Jadi sila berbincang dengan sebaiknya dan dapatkan penerangan lanjut mengenai prosedur tersebut.
Kami berharap agar masalah anda dapat diselesaikan.
Masalah telinga memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.