
Sulit
5 tahun
Surat MC utk parents jaga anak yang sakit
Saya seorang ibu yang berusia 20 tahun, dan berkerja. Saya nak tanya, beberapa hari lepas anak saya dimasukkan di wad. Dan saya meminta agar discharge daripada wad tersebut kerana sakit anak saya tidak terlalu teruk dan hanya sekadar pantauan sahaja. Setelah saya meminta utk keluar wad, doktor yg bertugas kata mereka akan memberikan saya surat MC utk majikan. Dan soalan saya ialah, adakah surat tersebut boleh diterima sebagai MC atau tidak & adakah cuti saya dikira sebagai MC ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, MC adalah singkatan bagi medical certificate atau dalam bahasa melayunya adalah surat kesihatan. Isi kandungan surat tersebut menjelaskan tentang pesakit, hasil pemeriksaan, diagnosis sakit serta perawatan yang diberikan.
Memandangkan pesakit adalah anak anda, dan anda adalah penjaga, justeru surat itu akan mengisi keterangan tentang pesakit anak anda dan bukannya anda. Justeru, surat tersebut jelas adalah surat MC.
Merujuk kepada pertanyaan tentang cuti anda, hal ini harus ditanyakan kepada majikan anda.
Bagi maklumat dan keterangan lanjut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.