Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Susah bernafas dada terasa ditekan

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2020 4:05 PM

Sulit 44 hari

Selamat sejahtera doctor. Saya berusia 23 tahun dan mengalami masalah susah bernafas hampir 5 hari. Saya telah melakukan rapid test melalui nasal swab dan keputusan adalah negative.

Saya merasa seperti susah untuk menarik nafas, seperti ada yang menghalang di dada. Saya perlu menarik nafas dengan kuat dan ia menyebabkan bahagian dada saya seperti ditekan.

Saya telah membuat bacaan melalui google dan kemungkinan juga berat badan saya menjadi punca masalah yang saya hadapi ini. Sekiranya masalah ini disebabkan berlebihan berat badan, normalkah masalah susah bernafas ini terjadi secara tiba2 dan tidak berhenti selama 5 hari?

Dr Sri Viknarajan 44 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sesak nafas sehingga mengganggu aktiviti harian anda. Anda juga telah berjumpa dengan doktor tetapi tiada punca diketahui sehingga kini. Kami memerlukan lebih banyak maklumat dan anda perlu berjumpa dengan doktor sekali lagi bagi pemeriksaan dapat dibuat.

Oleh itu, kemungkinan masalah anda boleh berpunca daripada masalah paru-paru seperti penyakit penyekatan salur nafas kronik (COPD), asthma, Emphysema , Pneumonia, dan juga Interstitial lung disease , iaitu sejenis penyakit sel paru-paru yang rosak dan menjadi parut ( Fibrosis ).
Namun, bagi pneumonia, ia hanya berlaku pada masa yang singkat dan mengejut, dan simptom-simptom terlibat memerlukan perhatian kecemasan dari pihak hospital.

Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.

Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dan membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut dengan cadangan bahawa paru-paru anda mungkin bermasalah. Siasatan lanjut seperti Chest X-ray, MRI dan juga PFT ( Pulmonary function test ) perlu dilakukan bagi pengetahuan lanjut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Oct 19 2020 16:05:23 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Respiratori tentang sesak nafas secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sesak nafas kaki bengkak perut buncit Saya lelaki 30an kaki saya bengkak dah 1 bulan baru baru ni perut saya pulak buncit dan disebab kan itu nafas saya menjadi pandik dan kerap sesak nafas hari ni masuk hari ke lima saya tak dapat … Baca lagi...
21 hari
Sulit
Batuk, nafas berbunyi, hidung tersumbat Hi, sya berumur 28tahun dan seorang perempuan. Saya menjalanj rawatan untuk allergic rhinitis sejak tahun 2019. Sejak bermulanya pkpb di negeri sabah ni, aktiviti diluar semakin terhad untuk dil… Baca lagi...
37 hari
Sulit
Kesukaran bernafas ketika dalam keadaan duduk & baring Saya alami kesukaran bernafas seperti lorong nafas sempit & dada rasa berat bila bernafas & tekak seperti ada sesuatu yg menyebabkan sukar nak telan air liur… buat rasa x selesa… Saya pernah bua… Baca lagi...
22 hari
Sulit
Sesak nafas,berpeluh dan Terasa bergoyang Saya wanita 20’an,yang mana ketika saya baring,saya tiba2 saya mula rasa tidak selesa,yang pada mulanya hanya ingat tidak selesa kerana aircond,tpi mula susah nafas,dan berpeluh,tapi tidak sakit… Baca lagi...
39 jam
Sulit
Nafas laju dan perut megedik Assalamualaikum saya wanita dalam umur 16 perut saya selalu sakit belah kanan dan selalu nafas saya laju sampai kan kantil wad kecemasan bergerak laju smlai skrg sy blm xthy penyakit ap. Baca lagi...
10 hari