Sulit
4 tahun
Susah bernafas dalam dalam
Hai doc saya wanita berumur 33 tahun …saya nak tanya aritu saya ada masalag susah bernafas …cth nak tarik nafas dalam² tu … bru² ni jer …tp kalau mcm simpton lain² tak ada plk … mcm mana saya nak pastikan tu saya kena jangkitan lain atau tidak …risau sgt sbb ada anak kecik 7tahun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami in, sukar bernafas boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kurang darah
- Kegemukan (BMI melebihi 30)
- Stress, kegelisahan
- Darah tinggi, kencing manis
- Jangkitan (kuman, virus dan lain)
- Penyakit iskemia jangtung
- Penyakit pada sistem pernafasan
Sekiranya anda risau jangkitan covid serta tanpa kontak rapat dengan pesakit covid positif, anda boleh mengambil ujian covid dahulu serta menjaga SOP dan kuarantinkan diri. Anda juga boleh menghubungi jabatan berkaitan untuk arahan terkini melalui talian CPRC di 0388810200/+60178429454 atau menghubungi doktor anda.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Paru-paru.



































