Sulit
3 tahun
Susah bernafas dan rasa tercekik
Saya wanita berusia 27 Tahun , bersalin secara czer pada 24/8/2020 dan kena eklampsia(sawan) pada 28/8/2020. Saya di masukkan ke icu(intubated) selama 3 hari. Selepas bersalin saya rasa pening dan bergelong macam nak pitam dan tak boleh focus . Tetapi masalah tu semakin berkurang. Sekarang saya mengalami rasa susah bernafas dan macam rasa tercekik di leher . Dan saya rasa kaki dan tangan mcam nak cramp . Apakah merbahaya dan perlukan rawatan lanjut?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.