
Sulit
3 tahun
Susah Bernafas, tarik nafas sakit terasa tajam
Saya wanita berumur 22 tahun. Sebelum ni ada jugak saya susah bernafas bila tercium bau rokok tapi tak kerap bila tercium bau rokok baru susah nafas tapi tak berlarutan. Kadang2 tetiba susah bernafas tapi saya tak endah sbb jarang2 dan sekejap. Ada jugak bila saya tarik nafas saya punya dada tajam mcm kena cucuk. Saya anggap tu angin sbb saya selalu gastrik. Tapi semenjak saya positif covid,tapi saya dah habis kuarantin 15hari extend sbb batuk. saya susah bernafas. Cium bau fogging buat saya semput walaupun dulu takde masalah bagi saya. Memang susah sangat bernafas sekarang 3 hari macam ni. Takde fogging pun saya still susah bernafas kena mengeluh duluuu untuk habiskan nafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, sukar tarik nafas, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, loya, muntah, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang. Ramai doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini