Sulit
3 tahun
Susah tidur, kaki tangan sejuk, muntah angin, rasa ada benda lekat di kerongkong, sakit perut
Saya berumur 15 tahun, 3 4 hari ini saya susah nak tidur. Kalau nak tidur kaki dengan tangan mesti sejuk. Lepastu, kalau dah sejuk sangat sampai nak muntah tapi tak ada apa yang keluar. Nak cakap saya demam, tak ada pulak. Bila saya cek suhu, normal je. Harini rasa cam ada benda lekat kat kerongkong tapi boleh je makan minum apa semua. Ada jugak sakit perut, tapi berak cair.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Secara umumnya berak cair biasanya dikaitkan dengan jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Selain itu, gejala susah tidur yang berulang memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut di hospital atau klinik. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan sehingga anak malas minum dan makan
- berak cair yang berterusan atau terdapat perubahan warna
- kejang tubuh
- muntah
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).