
Sulit
4 tahun
Susah tidur malam ,kalau dapat tidur malam esok malam baru bangun
saya susah tidur malam ,dah sebulan saya tidur tak teratur ,saya dah cuba bertahan satu hari tak tidur untuk tidur malam ,boleh tidur malam tapi saya akan bangun sampai ke malam,saya dah buntu sangat mengangu hidup saya ,FYI sy ada penyakit bipolar disorder

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah insomnia yang dihadapi dan pada waktu yang sama anda mempunyai bipolar disorder. Bagi pihak kami, kami sarankan anda mencuba yang berikut untuk memperbaiki masalah insomnia anda iaitu:
- Kurangkan stress, pastikan anda dikelilingi oleh dorongan yang kuat dan sihat
- Seimbangkan pemakanan. Banyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- Elakkan tabiat merokok
- Dapatkan nasihat kounseling dari pihak berkenaan
- Minta preskripsi anti-depressant daripada doktor anda mengenai masalah tidur ini.
- Banyakkan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Perbanyakkan senaman yang seimbang.
- Mematikan lampu ketika ingin tidur.
- Pastikan tempat tidur anda dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti
Sekiranya perkara di atas tidak dapat membantu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi.
Penyakit bipolar ketika fasa mania akan mengalami masalah sukar tidur di samping mood gembira berlebihan, sering membuat keputusan tergopoh gopoh dan juga mempunyai sikap yang keterlaluan. Kenyataan ini bukanlah hendak memberi stigma kepada anda tetapi anda diminta untuk berjumpa dengan doktor yang merawat anda supaya kesan daripada fasa mania ini boleh dikawal.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.