
Sulit
4 tahun
Suspect terkena glaucoma
Hi saya wanita berumur 31tahun… saya disyaki menghidap glaucoma oleh doc. Tp mash ada pemeriksaan lanjut untuk memastikanya.Bole saya tahu punca glocoma dan bagaimana utk mngelakkan trkena gloucoma. Dalam family saya tiada ada yg mnghidap penyakit ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami masalah yang anda sedang hadapi.Untuk makluman anda, glaucoma boleh terjadi akibat:
- kesan ubat-ubatan seperti corticosteroid
- masalah pada saraf
- tekanan darah tinggi
- saluran cecair dalam mata tersumbat
Manakala antara cara untuk mencegah glaucoma adalah :
- dapatkan pemeriksaan doktor secara berkala
- bersenam dengan cara yang betul dan kerap
- memakai pelindung mata
- menggunakan eyedrop khas untuk glaucoma
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.