
Sulit
5 tahun
Susu formula dan full cream
Anak saya kini berumur 14 bulan. Sebelum ini minum susu formula sehingga umur 12 bulan. Selepas 12 bulan, saya tukarkan kepada full cream sepenihnya. Soalan saya, sebelum minum full cream, anak saya seorang yang memilih makanan dan kurang makan nasi serta sayur, protein pun hanya sedikit. Setelah memberikannya full cream, seleranya bertambah. Namun, sebagai ibu, saya risau kerana susu full cream tidak mengandungi DHA. Justeru, saya bercadang untuk memberikan anak saya susu formula secara berselang selu dengan susu full cream. Adakah dengan cara begini tidak akan memberi mudarat kepada kesihatan anak saya?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, tiada kajian ilmiah mendapati terdapat kesan sampingan apabila ibu memberikan susu full cream DHA dan susu full cream tanpa DHA kepada kanak-kanak.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.