Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Susu formula Laktosa free

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Ogos 2, 2019 8:19 AM

normafira08 10 bulan

Saya telah berikan susu formula laktosa free kepada anak yang baru lahir tanpa dia mengalami apa apa alahan…perlukah saya meneruskan pemberiaan susu tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 10 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rekomendasi daripada bidang kesihatan adalah untuk menyusukan bayi anda dengan air susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan. Hal ini kerana, air susu ibu mengandungi antibodi yang dapat membantu melindungi bayi dari penyakit berjangkit yang merbahaya.

Susu formula seperti free lactose tidak mempunyai kandungan antibodi seperti air susu ibu. Susu ini biasanya diberikan sekiranya bayi mempunyai alahan terhadap kandungan lactose.

Justeru, sebaiknya anda membincangkan dengan doktor tentang kondisi kesihatan anda yang menghalang anda daripada menyusukan serta pilihan susu yang sesuai untuk bayi anda.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Aug 02 2019 08:19:36 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Anak pendek 138cm darjah Lima Saya rasa anak saya kurang kalisum Baca lagi...
11 hari
Sulit
Muntah muntah dan berak najis cakr hitam anak saya berusia 1 tahun 2 bulan. 2 hari ni dy muntah2 dan hari ni dia berak cair berwarna hitam. bahaya tak doctor? Baca lagi...
32 hari
Sulit
Menangis tanpa sebab selepas putus susu badan Anak saya umo 2y 2m baru putus susu badan… kalau dia tidur awal, jam 3-4pg dia mesti terjaga n nangis tanpa sebab & xnak dipujuk selama 30min - 1jam… mula2 saya ingat sebab putus susu… tapi dah … Baca lagi...
27 hari
Sulit
Susu formula untuk bayi G6PD. Adakah bayi allergic terhadap soya? Hi doctor. Saya nak tanya berkenaan bayi saya yang baru lahir mempunyai G6PD. Adakah dia allergic terhadap susu formula yang mengandungi soya ? Susu formula apa yang sesuai untuk bayi yang mempu… Baca lagi...
25 hari
Sulit
Berat badan bayi tak naik naik Baby saya berusia 6bulan 3minggu. Dan minum susu formula (anmum langkah 1) sepenuhnya dari usia 4 bulan. (cara bancuhan 4oz 2 sudu susu atau 2 1/2 sudu susu) Sejak dari itu berat badan die cume … Baca lagi...
3 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi