
Sulit
4 tahun
Susu formula punca thrush?
Umur anak 13bulan. Baru mula minum susu formula sejak 2wks ago. Sebelum ni full breastfeed. Saya perasan ada putih2 dalam mulut die mcm thrush, ada pd lidah n lelangit n da mula ada pd bibir. Ada yg boleh tanggal bila lap tapi xsepenuhnya hilang. Sebelum ni xpernah ada. Ada kemungkinana kah thrush terjadi sebab susu formula kurang sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, oral thrush atau kandidiasis mulut merupakan jangkitan kulat pada permukaan lidah. Namun begitu, ia bukanlah disebabkan oleh susu formula. Ia mungkin disebabkan oleh penjagaan kebersihan rongga mulut bayi yang kurang bersih.
Kami tidak galakkan anda untuk mengorek atau membuang lapisan tersebut tanpa nasihat doktor. Anda boleh memberikan bayi anda air kosong yang bersih selepas menyusu untuk membersihkan rongga mulutnya.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anak anda:
- Enggan menyusu
- Gejala yang dialami oleh anak anda membuatkannya tidak selesa
- Demam
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.