Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Susu formula untuk bayi G6PD. Adakah bayi allergic terhadap soya?

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 11, 2020 1:22 AM

Sulit 3 bulan

Hi doctor. Saya nak tanya berkenaan bayi saya yang baru lahir mempunyai G6PD. Adakah dia allergic terhadap susu formula yang mengandungi soya ? Susu formula apa yang sesuai untuk bayi yang mempunyai G6PD ?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, individu yang mengalami kekurangan G6PD harus mengelakkan diri dari i kacang parang,makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, ubat gegat, beberapa jenis antibiotik, herba, ubat panadol, ubat malaria.

Namun, mereka tidak ada masalah pada apa-apa jenis susu melainkan kalau mereka dikenalpasti mempunyai masalah lain seperti alahan kepada makanan lain. Maka anda boleh memberi susu formula yang biasa terdapat di pasaran.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 11 2020 01:22:50 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Kesihatan Kanak-Kanak dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Badan anak panas tapi x demam usia anak 4tahun.suhu 36.7 tapi badan panas.berlanjutan agak lama.mohon pencerahan Baca lagi...
48 hari
Sulit
Buang air besar tanpa disedari Saya ada anak,saudara 9 thn lelaki sering berak di seluar tanpa dia sedari hingga hari ini Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Badan anak panas tapi suhu normal Hi doktor, Saya nak tanya kenapa badan anak saya (2 tahun) panas tp bila diperiksa guna thermometer, suhunya normal 36.5.dia tidak menunjukan simptom demam dan aktif seperti biasa. Thanks Baca lagi...
45 hari
Sulit
Anak cirit birit berak sikit sikit warna kuning kehijauan..suda dua hari berrlanjutan aslmkm doktor anak saya umur 5 tahun berapa hari ni berak kerap kali tapi sikit…saya suda bagi minum air garam tapi masi lagi…apa ubat nya doktor ar… Baca lagi...
46 hari
Sulit
Masalah Anak Tidak Berak Selamat pagi doktor, saya mempunyai seorang anak yang baru berusia sebulan 22 hari, disini anak saya sudah tidak berak dalam masa 2 hari,dia hanya menyusu ibu dan kadang2 susu formula. Adakah ia… Baca lagi...
22 hari
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >